Bagaimana Sistem Solar Menjimatkan Bil Elektrik Rumah

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah melakukan pelarasan tarif elektrik di semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2023. Bagi tarif residensi, pengguna yang bil bulanannya melebihi 1500 kWh perlu bersiap sedia kerana pelarasan tarif ini hanya dikenakan pada mereka sahaja dengan surcaj 10 sen/kWh manakala tarif bagi pengguna yang menggunakan elektrik bawah 1500 kWh kekal seperti biasa.

Berbalik kepada topik utama, sistem solar dapat menjimatkan bil elektrik dengan 2 cara iaitu yang pertama kurangnya kebergantungan terhadap tenaga import (tenaga yang kita beli dari Tnb iaitu caj bil bulanan ) kerana penggunaan tenaga elektrik dijana dari Sistem Solar (pada waktu pagi sahaja) dan yang kedua untuk sebarang lebihan penjaanaan elektrik yang dijana oleh sistem solar yang tidak terpakai akan dieksport ke Tnb dengan kadar tarif blok tertinggi untuk imbang atau potong penggunaan import dari Tnb yang kita guna (bagi kontrak NEM 3.0 lebihan tenaga boleh dieksport ini hanya terpakai utk 10 tahun sahaja).

  1. Penjanaan Tenaga Elektrik dari Sistem Solar

Kebergantungan terhadap Tnb berkurang akibat wujudnya penjanaan tenaga elektrik dari sistem solar. Mungkin timbul beberapa persoalan seperti seberapa banyak penjanaan tenaga elektrik dari sistem solar ini boleh hasilkan ? Adakah penjanaan dari sistem solar ni boleh memenuhi segala penggunaan elektrik harian bagi sesebuah rumah ? Jawapan bagi setiap persoalan ni bergantung pada kapasiti Sistem Solar yang dipasang. Rajah di bawah menunjukkan penjanaan berdasarkan kapasiti sistem.

  1. Eksport Lebihan Tenaga Elektrik dari Sistem Solar

Eksport Lebihan berlaku apabila segala penjanaan yang dihasilkan Sistem Solar melebihi penggunaan elektrik rumah sebagai contoh katakan kumulatif harian pada 2 May Sistem Solar menghasilkan 43 kWh dan kebetulan pada hari tersebut rumah tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik ( barangkali satu keluarga balik ke kampung). Kesemua 43 kWh akan dieksport ke grid dengan kadar tarif tertinggi. (43 – 0 = 43 ; 0 kerana rumah tidak menggunakan tenaga elektrik langsung termasuk sistem solar ).

Bagaimana kalau masih ada satu dua anggota keluarga yang tidak pulang ke kampung sekali dan menggunakan sedikit tenaga elektrik , eksport mungkin sedikit berkurang akibat penggunaan elektrik dari satu dua anggota keluarga ni (contoh 43 -12 = 31 ; mengambil kira anggota keluarga yang menggunakan elektrik sebanyak 12 kWh hanya 31 kWh yang dieksport ke grid utk imbang balik atau offset bil bulanan).

Apa pula terjadi kalau semua anggota keluarga menggunakan tenaga elektrik harian kumulatif sebanyak 56 kWh. Tak wujudlah eksportnya kerana 43-56 = -13 ; ini bermakna elektrik rumah perlu menggunakan 13kWh dari Tnb atau kita panggil tenaga import. Dimana penjimatannya kalau rumah masih perlukan tenaga import atau bahasa mudah kita kata dekat mana yang jimat nya last2 pakai tenaga tnb jugak. jimatnya adalah berbanding kita pakai 56k Wh harian dari Tnb sekarang kita hanya pakai 13 kWh sahaja. Situasi ini merujuk kepada point 1 di atas iaitu pengurangan tenaga import akibat sumbangan tenaga elektrik dari Sistem Solar.

3 thoughts on “Bagaimana Sistem Solar Menjimatkan Bil Elektrik Rumah”

  1. LOVE THE CONTENT! Hope you can always update the content so I can read it in my free time to gain some knowledge.

      1. Tn Ali, bila nak update content. Saya dah tak sabar nak baca sebab ilmu2 yang disampaikan sgt menarik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *